Perkahwinan

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan perundangan bagi membantu anda dalam prosiding-prosiding berikut:

i. Permohonan Perkahwinan
Permohonan perkahwinan merujuk kepada proses untuk memohon kebenaran untuk berkahwin di bawah undang-undang Malaysia. Kami akan membantu untuk membuat permohonan untuk pasangan yang ingin berkahwin, dan memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang seperti usia, status bujang, dan sebagainya.

– Wali Hakim
Wali hakim merujuk kepada proses untuk mendapatkan kebenaran untuk berkahwin bagi individu yang tidak mempunyai wali sah atau wali yang tidak dapat dihubungi. Kami akan membantu dengan membuat penyerahan permohonan ke mahkamah untuk menentukan wali hakim untuk individu tersebut.

– Kebenaran Poligami
Kebenaran poligami merujuk kepada proses untuk memohon kebenaran untuk berkahwin dengan lebih daripada seorang pasangan secara sah di bawah undang-undang Islam di Malaysia. Proses ini melibatkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi seperti keperluan kewangan dan kelayakan moral.

ii. Pengesahan & Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara
Pengesahan dan pendaftaran perkahwinan luar negara merujuk kepada proses untuk mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan yang dijalankan di luar negara agar sah dan diiktiraf di Malaysia. Kami akan membantu untuk menyediakan dan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada pihak berkuasa supaya permohonan dijalani dengan lancar dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.

iii. Nafkah Isteri/Nafkah Isteri Tertunggak
Nafkah merujuk kepada tanggungjawab kewangan yang perlu dipikul oleh suami untuk menyokong isteri. Secara keseluruhan, kewajipan untuk memberi nadkah adalah dipikul oleh suami kepada isterinya. Walaubagaimanapun, faktor kedudukan kewangan adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan pemberian nafkah.

iv. Sabitan Nusyuz
Sabitan nusyuz merujuk kepada proses untuk memohon kebenaran untuk melarikan diri daripada pasangan yang menunjukkan tanda-tanda nusyuz seperti ketidakpatuhan atau keganasan. Proses ini melibatkan permohonan ke mahkamah untuk memohon perlindungan daripada pasangan yang nusyuz dan memastikan kepentingan kanak-kanak dilindungi.

Seletah meneliti kes anda, peguamcara dan peguambela kami akan memberikan anda nasihat undang-undang yang menyeluruh dan yang sesuai dengan situasi anda.

Perceraian

Perancangan bercerai
Perancangan bercerai merujuk kepada proses mengambil keputusan untuk berpisah secara sah dari pasangan. Ia melibatkan pertimbangan pelbagai faktor seperti masalah peribadi, perbezaan yang tidak dapat diselesaikan, dan kecenderungan untuk hidup bebas daripada pasangan. Proses ini perlu diambil dengan teliti dan berhati-hati kerana ia mempengaruhi kehidupan individu dan keluarga mereka.

Kami memahami bahawa perceraian adalah sesuatu perkara yang tidak diingini dan amat dikecewakan. Peguamcara dan peguambela kami akan mendengar dan meneliti situasi anda dan memberikan nasihat undang-undang kita yang profesional dalam melindungi hak-hak anda dalam perancangan tersebut.

Prosiding Perceraian
Prosiding perceraian merujuk kepada proses perundangan untuk memutuskan dan mengesahkan perceraian antara pasangan yang berkahwin.

Peguamcara dan peguambela kami adalah berpengalaman dalam prosiding-prosiding dengan mahkamah. Maka, kami akan membantu menyediakan dan menyerahkan dokumen perceraian dan pendengaran di mahkamah untuk memastikan bahawa perceraian dilakukan dengan cara yang adil dan sah.

Perceraian Luar Negara
Perceraian luar negara merujuk kepada proses perceraian yang melibatkan pasangan yang berkahwin di luar negara atau kedua-dua pasangan berasal dari negara yang berbeza. Proses ini memerlukan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berbeza antara negara.

Kami menyediakan nasihat serta bantuan perundangan bagi membantu pelanggan kami menentukan jenis perceraian yang tepat berdasarkan keadaan dan fakta kes mereka.
Jenis perceraian adalah seperti berikut:

i. Persetujuan bersama – Seksyen 47 Akta/Enakmen Undang-undang Islam
ii. Fasakh
iii. Ta’liq
iv. Khulu’ (tebus talak)
v. Anggapan kematian
vi. Faraq pernikahan
x. Pengesahan Lafaz Cerai

Peguam-peguam kami berpengalaman lebih 17 tahun dalam perundangan Syariah dan telah mengendalikan pelbagai jenis kes perceraian. Malah kami juga pernah mengendalikan perceraian yang melibatkan suami yang tidak bersetuju untuk melafazkan cerai, suami yang tidak dapat dikesan dan pelbagai jenis kes perceraian yang rumit.

Tuntuan Selepas Perceraian (Wanita)

Kami membantu mempertahankan hak-hak anda selepas perceraian dan di sepanjang prosiding perundangan.

i. Nafkah Iddah
ii. Mutaah
iii. Nafkah tertunggak

Tuntutan Harta Sepencarian

Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh semasa perkahwinan dan perlu dibahagikan secara adil antara pasangan selepas perceraian. Ia melibatkan proses menentukan nilai harta dan bahagian yang akan diterima oleh setiap pasangan.

Kami membantu permasalahan perundangan berkenaan hak-hak anda dalam harta sepencarian yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dan dalam penyediaan dokumen serta permohonan-permohonan yang berkenaan.

Tuntutan Berkaitan Anak

Kami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan hak-hak berkaitan dengan anak iaitu:-

i. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
ii. Pengesahtarafan Anak
iii. Nafkah Anak
iv. Nafkah Tertunggak

Pelaksanaan & Penguatkuasaan Perintah

Selepas Mahkamah mengeluarkan Perintah berkenaan permohonan atau tuntutan yang dipohon, sering timbul permasalahan apabila pihak satu lagi tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Perintah Mahkamah tersebut. Namun begitu anda mempunyai beberapa pilihan untuk melaksana dan menguatkuasakan Perintah Mahkamah tersebut iaitu:-

i. Ubah Perintah
ii. Perlaksanaan Perintah
iii. Penghutang Penghakiman
iv. Komital/Notis Tunjuk Sebab

Kami boleh membantu anda dengan memberikan konsultasi berkaitan pilihan yang ada untuk melaksanaan Perintah Mahkamah tersebut dan membantu anda di sepanjang prosiding perundangan di Mahkamah.

Pertanyaan? Sila Hubungi Peguam Kami

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :
 

Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Perceraian & Perkahwinan1
Wasiat, Faraid & Harta Pusaka2
Jenayah Syariah3
Rayuan Syariah4
Lain-Lain 5

Bindangkuasa Mahkamah Sivil

Tuntutan Sivil/ Hutang 1
Kebankrapan & Likuidasi Syarikat2
Perjanjian Jual /Beli / Pinjaman3
Komersial/ Korporat4
Rayuan Sivil5
Lain-Lain6

Service details

Categories: